8:54 AM

MERDEKAKAH KITA?

Awal minggu ni ade sambutan Bulan Kemerdekaan di skolah aku. Kira meriah gak la. Semasa perasmian tu,ade la pelajar wat persembahan baca sajak n nyanyi lagu. Tapi yg paling best mase rakan sekerjaku merangkap pengerusi sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat SMKBB mendeklamasikan sajak ciptaannya sendiri. Aku suke sajak tu,bukan krn dlm sajak tu ade terselit nama aku tp krn ia mempunyai makna yg cukup mendalam. So, jom kita layan sajak tu yg bertajuk 'Merdekakah Kita?'.

Merdekakah kita?
Di kala Neil Armstrong dah spai ke bulan, Dr. Sheikh Muszaphar dah naik angkasa.
kita ... masih bercakap ttg sampah. "tolong kutip sampah itu" kata Cikgu Hanapiah kpd pelajarnya. Merdekakah kita?

Merdekakah kita ... ?
Puncak gunung tlh ditawan, tujuh lautan tlh diredah.
Kita ... masih di sini tidur atas meja percuma. di kala Cikgu Leo sdg menurunkan ilmunya ... Merdekakah kita?

Merdekakah kita ... ?
Di kala si jaguh sukan gah di mercu, jurutera dan saintis tidak terkira. Ahli bomba dan polis segak bergaya.
Kita ... masih sibuk pasal baju tak 'tuck-in'. "Masukkan baju ke dlm" kata Cikgu Joshua ... Merdekakah kita?

Merdekakah kita ... ?
Bangunan tinggi mencakar langit, infrastruktur kelas 1.
Kita ... sibuk menuntut ilmu di tandas, hembus sana hembus sini, conteng sana, conteng sini. Kata Cikgu Nik, "apa kamu buat di situ, sedap sangatkah baunya".

Sedarlah anak bangsaku ...

Bertransformasilah kita, merdekakanlah diri kita ...

Hasil Nukilan: Cikgu Leonard Darimi, SMKBB Ogos 2010.

2 comments:

Azrin Aris said...

sajak yang bagus bro..

Sarah♥♥ said...

joinla pertandingan sajak ni

http://www.facebook.com/pages/Ilham-Inspirasi-Anjuran-UiTM-Kelantan/100462286700811