8:22 AM

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


Renungkanlah.....

MERUNGKAI KEMELUT UMMAH MELALUI KEBERKATAN BULAN RAMADHAN

Allah telah menjelaskan dalam firmanNya bahawa faedah puasa ialah menghasilkan taqwa. Manakala Rasulullah s.a.w telah menjelaskan bahawa faedah puasa ialah ia bertindak sebagai perisai.


Taqwa menggambarkan kepada kita pengisian dalaman jiwa manusia supaya menjadi kental dalam melaksanakan dan mematuhi segala perintah dan menjauhkan diri daripada larangan Allah. Allah. Manakala perisai pula menggambarkan kepada kita kawalan yang dilakukan oleh spiritual power dalam diri manusia yang membentengi diri daripada serangan musuh yang tidak nampak. Akhirnya puasa akan mewujudkan generasi bertaqwa yang mampu mempertahankan diri daripada sebarang serangan rohani yang merosakkan kehidupan dunia dan akhirat.


Syaitan mengalir dalam darah anak Adam. Para sahabat bertanya: “Bagaimana kami hendak menghentikannya.” Baginda menjawab: “Hendaklah kamu berpuasa.”


Dengan rahmat Allah yang amat menyanyangi manusia, Dia telah mewajibkan umat Islam berpuasa wajib sebulan Ramadhan. Tujuannya adalah untuk mengisi jiwa manusia dengan ‘internal anergy’ yang berupaya menggerakkan motor badannya menepati kehendak syarak. Ini kerana Dia tahu sekiranya diberikan pilihan manusia akan cuai dan lalai untuk memenuhkan jiwa dengan ‘internal anergy’ ini kerana manusia bebas memilih sebagaimana yang telah dibincangkan.


Oleh itu umat Islam terutama generasi muda perlu memahami dan menghayati perlaksanaan ibadah puasa samada yang wajib mahupun yang sunat agar ia menghasilkan buah yang dinyatakan oleh Allah dan rasulNya. Masyarakat juga perlu menggembeling tenaga untuk mengguna sama metod puasa sebagai pembina kekuatan dan benteng yang kukuh bagi individu mengharungi pancaroba kehidupan di dunia demi menjamin kesejahteraan di akhirat.



0 comments: