8:54 AM

MERDEKAKAH KITA?

Awal minggu ni ade sambutan Bulan Kemerdekaan di skolah aku. Kira meriah gak la. Semasa perasmian tu,ade la pelajar wat persembahan baca sajak n nyanyi lagu. Tapi yg paling best mase rakan sekerjaku merangkap pengerusi sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat SMKBB mendeklamasikan sajak ciptaannya sendiri. Aku suke sajak tu,bukan krn dlm sajak tu ade terselit nama aku tp krn ia mempunyai makna yg cukup mendalam. So, jom kita layan sajak tu yg bertajuk 'Merdekakah Kita?'.

Merdekakah kita?
Di kala Neil Armstrong dah spai ke bulan, Dr. Sheikh Muszaphar dah naik angkasa.
kita ... masih bercakap ttg sampah. "tolong kutip sampah itu" kata Cikgu Hanapiah kpd pelajarnya. Merdekakah kita?

Merdekakah kita ... ?
Puncak gunung tlh ditawan, tujuh lautan tlh diredah.
Kita ... masih di sini tidur atas meja percuma. di kala Cikgu Leo sdg menurunkan ilmunya ... Merdekakah kita?

Merdekakah kita ... ?
Di kala si jaguh sukan gah di mercu, jurutera dan saintis tidak terkira. Ahli bomba dan polis segak bergaya.
Kita ... masih sibuk pasal baju tak 'tuck-in'. "Masukkan baju ke dlm" kata Cikgu Joshua ... Merdekakah kita?

Merdekakah kita ... ?
Bangunan tinggi mencakar langit, infrastruktur kelas 1.
Kita ... sibuk menuntut ilmu di tandas, hembus sana hembus sini, conteng sana, conteng sini. Kata Cikgu Nik, "apa kamu buat di situ, sedap sangatkah baunya".

Sedarlah anak bangsaku ...

Bertransformasilah kita, merdekakanlah diri kita ...

Hasil Nukilan: Cikgu Leonard Darimi, SMKBB Ogos 2010.

8:22 AM

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


Renungkanlah.....

MERUNGKAI KEMELUT UMMAH MELALUI KEBERKATAN BULAN RAMADHAN

Allah telah menjelaskan dalam firmanNya bahawa faedah puasa ialah menghasilkan taqwa. Manakala Rasulullah s.a.w telah menjelaskan bahawa faedah puasa ialah ia bertindak sebagai perisai.


Taqwa menggambarkan kepada kita pengisian dalaman jiwa manusia supaya menjadi kental dalam melaksanakan dan mematuhi segala perintah dan menjauhkan diri daripada larangan Allah. Allah. Manakala perisai pula menggambarkan kepada kita kawalan yang dilakukan oleh spiritual power dalam diri manusia yang membentengi diri daripada serangan musuh yang tidak nampak. Akhirnya puasa akan mewujudkan generasi bertaqwa yang mampu mempertahankan diri daripada sebarang serangan rohani yang merosakkan kehidupan dunia dan akhirat.


Syaitan mengalir dalam darah anak Adam. Para sahabat bertanya: “Bagaimana kami hendak menghentikannya.” Baginda menjawab: “Hendaklah kamu berpuasa.”


Dengan rahmat Allah yang amat menyanyangi manusia, Dia telah mewajibkan umat Islam berpuasa wajib sebulan Ramadhan. Tujuannya adalah untuk mengisi jiwa manusia dengan ‘internal anergy’ yang berupaya menggerakkan motor badannya menepati kehendak syarak. Ini kerana Dia tahu sekiranya diberikan pilihan manusia akan cuai dan lalai untuk memenuhkan jiwa dengan ‘internal anergy’ ini kerana manusia bebas memilih sebagaimana yang telah dibincangkan.


Oleh itu umat Islam terutama generasi muda perlu memahami dan menghayati perlaksanaan ibadah puasa samada yang wajib mahupun yang sunat agar ia menghasilkan buah yang dinyatakan oleh Allah dan rasulNya. Masyarakat juga perlu menggembeling tenaga untuk mengguna sama metod puasa sebagai pembina kekuatan dan benteng yang kukuh bagi individu mengharungi pancaroba kehidupan di dunia demi menjamin kesejahteraan di akhirat.



1:42 PM

Welcome Back....

Kekalkan prestasi atlet2 Rumah Marikh. Tahun lepas kita dah jadi juara. Tahun ni kita pasti juara sekali lagi...

Hehehe....lama dah xberblog ni. Xde mase yg cukup ntuk wat entri baru. Tiap-tiap ari duk ngadap komp wat data skolah je.. Sesekali tu sempat gak berFB ngan kawan2. Ye la,dah lame tinggalkan alam blajar mase muda2 dulu. Alhamdulillah, smua kawan2 telah berjaya. Ade yang keje kat Eropah, Asia Barat, Asia Timur dan ramai gak yang keje kat Bumi Kenyalang,sama cam aku gak tp dlm bidang yang berbeza. Ape2 pun bidang yang telah mereka ceburi,aku harap smuanya akan berjaya. Aku plak tetap hepi ngan keje aku skarang wlpun ketika zaman remaja dulu aku xpernah impikan nak jd pendidik spt skrg. Tp bak kata iklan,dunia sudah berubah,jiwa aku pun telah berubah. Yang dah lepas akan jd sejarah dan kenangan. Hidup mesti diteruskan. (Ape yang penting?Kerjaaa sama....hehehe... lagu kegemaran puteraku...)

1:52 PM

CUTEST BABY IN BLUE CONTEST

Ini adalah STICKY MODE menggunakan gam kasut gajah dan akan berada di atas ini sehingga 17 November 2009..for new entry, please scroll down yerr..


CUTEST BABY IN BLUE CONTEST

Sempena meraikan our
5th Anniversary on 17th November 2009, saya dengan kecik besar hati ingin organized :

CUTEST BABY IN BLUE CONTEST

secara rasminya contest ini dilancarkan dari:

24 October 2009 hingga 17 November 2009


TERMA & SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

1. Terbuka kepada kesemua blogger yang menjadi follower saya secara langsung & tak langsung

2. Dengan Sukahati dan rela hati menjadi
FOLLOWER saya di Blog ini..

3. Linkkan -
elizakru.blogspot.com di blog anda

4. Sila Add kan Banner Contest di side bar blog memasing...banner tersebut mestilah di link kepada entry contest ini

5. Sila buat special entry utk contest ini dan upload 1 keping gambar anak uols in
blue..tak kisah la pakai baju biru ke, kasut biru ke, as long ada biru

6. Sila link kan url blog anda di comment saya ini bagi memudahkan saya melihat pernyertaan anda.

7. Pemenang akan dipilih oleh juri profesional berdasarkan kecomelan baby dan kualiti gambar serta gambar yg menarik perhatian juri

8. Had umur baby uols :-
newborn ~ 5 tahun

9. Oleh sebab ini kali yg ke 5 punye anniversary, so akan ada
5 pemenang ..hadiahnya? tungguuuuu.........

p/s: Jangan lupa tulis nama dan umur baby uols ye!


Tukang Karut : Hehehehe.... Best gak join contest ni. Ambo xbanyok amik gambar anak2,kalu amik pun guna handphone je. Cari punya cari gambar yang ade dalam desktop ambo,maka jumpa la gambar anok 'jate' ambo ni. Gambar ni pun bukan ambo yang amik,kawan kat sekolah amik. Maso tu ambo n hero ambo ni menghadiri majlis mensyuarat PIBG kat dewan sekolah baru2 ni. Tu yang muka anok ambo nampok boring je. Mano la dia paham ape2. Awal2 tu okay la,bilo dah lamo,mulo la dio boring... Tapi okay gak gambar ni,bukan slalu pun dapat amik gambar muka dia boring. Slalu bilo amik gambar,mesti dia muncungkan mulut or sengeh je. Kiro unik jugo la bagi ambo gambar ni. Hehehehe....

Dan inilah gambar yang aku pertaruhkan.....

Nama Heroku : Nik Akeed Anaqee
Umur : 1 tahun 8 bulan
Hobi : Panjat meja,kerusi,tv dan sewaktu dengannya...

Pengalaman : Pernah panjat meja makan dan terjun turun...

12:37 PM

CADANGAN PELAN RUMAHKU

Hehehe...ni pelan rumah yang menjadi idamanku...Pelan ni aku wat sndiri masa ade masa free.Walaupun x berapa bagus tp bleh la nak bagi kat tukang rumah untuk siapkan rumah idamanku ni.Aku ingat nak suruh tukang kat kampung je wat.Jimat skit.Tu pun kalu tahun depan aku dapat pindah balik klate.Doakan aku dapat pindah ye.... Amin.....

Camni la rupenye kalu dah siap rumah tu nanti.Bumbung kat depan tu aku belum siap lg.Xtau lg nak wat camne.Ingat nak wat lain dr yg lain skit.Xpe,biar tukang rumah la yang setelkan. Diaorang mesti ade idea2 yang bagus.

Ni plak gambar dlm bentuk 3D. Perabot2 blum letak lg. Baru masukkan kabinet dapur je... Harap jd kenyataan la rumah yang ku idam2kan ni. X sabo nak duk umah sndiri ni. Dah lama sngat dah duk umah sewa. Kalu duk umah sndiri,bleh gak kita deko2. X pun panggil 'deko bersama eric' je...Mana tau kot2 bertuah.Dah la cantik,free lak tu. Hehehehee.....